RM500,000 diperuntukkan bagi persediaan atlet menembak Johor di Sukma 2020 - Utusan Malaysia

RM500,000 diperuntukkan bagi persediaan atlet menembak Johor di Sukma 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT, 6 Mei- Persatuan Menembak Negeri Johor (JSA) yakin atlet di bawah naungannya mampu menyerlah dan memberi saingan kepada kontinjen negeri lain dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 nanti.


Presidennya, Sia Tiong Seng berkata ini susulan atlet sukan berkenaan telah dibekalkan dengan peralatan baharu dan canggih yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000 daripada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ).


Selain itu, ia mengambil kira usaha JSA telah berjaya mendapatkan khidmat jurulatih dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Mohd Sabki Mohd Din sebagai ketua jurulatih mereka selain tenaga jurulatih negara Firdaus Abdul Rahim bagi memperkukuhkan pasukannya.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kejohanan itu, JSA menyasarkan sebanyak 10 pingat emas kerana Johor merupakan tuan rumah dan diharap para atlet dan jurulatih dapat memberikan komitmen sepenuhnya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Dalam perkembangan sama, beliau berharap supaya kerajaan negeri dapat menaik taraf bangunan JSA di Jalan Tanjung Laboh di sini demi memastikan usaha untuk melahir dan melatih lebih ramai atlet dalam sukan menembak pada masa akan datang, boleh dilakukan.


“Mengikut rekod, kebanyakan atlet sukan menembak ini datang daripada daerah ini (Batu Pahat), sebab itu kami minta infrastruktur yang ada dapat ditambah baik seperti mesin-mesin sukan menembak, pendingin hawa, dan suis utama (MSB).


“Kami juga berharap MSNJ dapat memberikan kuasa kepada kami untuk terus mengusahakan segala program-program sukan menembak di negeri ini dan memberi kuasa kepada kami untuk menguruskan lapang sasar yang baharu di Mount Austin, Johor Bahru selepas tamatnya Sukma 2020,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini