KUALA LUMPUR 6 Mei – Biarpun beraksi dalam Liga M3 namun itu tidak menjadi penghalang kepada pemain sayap Ultimate FC, Mohd Nabil Ahmad Latpi untuk menjadi pemain terbaharu menyertai Terengganu sejak pasaran perpindahan dibuka 2 Mei lalu.
Nabil berjaya mencuri tumpuan pengendali skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim ketika dia beraksi bersama kelabnya menentang Terengganu dalam pusingan kedua Piala FA yang berkesudahan Terengganu menang 5-0.
Sejak itu, Irfan mengikuti perkembangan Nabil dan jurulatih berusia 68 tahun tersebut menyifatkan dia memiliki kualiti yang diperlukan oleh pasukan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Untuk rekod, pemain kelahiran Kedah itu berjaya menjaringkan tujuh gol dalam aksi Liga M3 musim ini. – UTUSAN ONLINE











