WASHINGTON 6 Mei – Amerika Syarikat (AS) menghantar kumpulan penyerang kapal pengangkut pesawat dan angkatan pengebom ke Asia Barat dalam mesej jelas kepada Iran.
Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton berkata, tindakan tersebut sebagai respons kepada beberapa indikasi dan amaran masalah serta peningkatan ketegangan.
“AS menghantar Kumpulan Penyerang Pengangkut USS Abraham Lincoln dan angkatan pengebom ke rantau Pusat Pemerintah AS
“Penghantaran ini bertujuan untuk memberi mesej jelas kepada rejim Iran bahawa sebarang serangan ke atas kepentingan AS atau terhadap sekutu kami akan berdepan kekuatan tidak henti-henti,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, AS tidak mahu berperang dengan Iran namun mereka bersedia sepenuhnya sebagai tindak balas sebarang serangan sama ada oleh proksi, Islamic Revolutionary Guard Corps atau tentera Iran. – AFP











