Kickerz FA juara bawah 16 tahun - Utusan Malaysia

Kickerz FA juara bawah 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Pasukan Kickerz Football Academy (Kickerz FA) muncul juara kategori Cup dalam Liga Bola Sepak Persahabatan Remaja 2019.

Presiden Kickerz FA, Aszahari Jameri berkata, dalam perlawanan akhir semalam, pasukannya berjaya menewaskan Young Guns menerusi sepakan penalti 3-2.

“Kickerz FA yang bermula garang sering kali membuat serangan bertubi-tubi ke gawang pihak lawan. Namun barisan pertahanan Young Guns yang kental berjaya mematahkan percubaan bahaya kami,” katanya ketika ditemui selepas final perlawanan itu di Padang Mardi, Serdang dekat sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu lebih bermakna apabila Kickerz FA turut menerima Anugerah Jurulatih untuk Muhammad Irfan Syamim dan Anugerah Pemain Paling Bernilai, Aidil Safiy.

Kickerz FA juga berjaya menduduki tempat keempat bawah kategori 14 tahun selepas gagal melangkah ke perlawanan akhir apabila tewas 0-1 menentang BRS FC.

Liga Bola Sepak Persahabatan Remaja 2019 menampilkan lebih 30 pasukan daripada pelbagai peringkat umur yang berlangsung selama hampir tiga bulan sejak awal Februari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini