Mampukah Liverpool ulangi kebangkitan aksi 2005? - Utusan Malaysia

Mampukah Liverpool ulangi kebangkitan aksi 2005?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 6 Mei- Kemenangan tipis Liverpool ke atas Newcastle meneruskan pemburuan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun mereka terpaksa membayar dengan ‘harga mahal’ apabila kehilangan beberapa tonggak utama menjelang separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Barcelona di Anfield esok.

Liverpool perlu mengatasi defisit tiga gol untuk mara ke final kejuaraan berprestij Eropah itu kali kedua berturut-turut dan mereka pernah melakukan pada final 2005 ketika menentang AC Milan.

Bagaimanapun harapan untuk mengulangi kebangkitan sama di Anfield mungkin sukar apabila Mohamed Salah terpaksa diusung keluar akibat hentakan di kepala ketika menentang Newcastle.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang Liverpool, Roberto Firmino telah disahkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan pangkal paha, dan ramai yang meragui kemampuan kelab Inggeris itu sekiranya Salah tidak dapat diturunkan.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp kini perlu memilih sama ada untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi UCL atau menyimpan sedikit tenaga untuk perlawanan terakhir Liga Perdana menentang Wolves di Anfield.

“Kami kini layak ke final liga, ia amat hebat,” kata Klopp berkenaan pemburuan gelaran hingga ke hari terakhir musim.

Walaupun mengharungi musim menakjubkan, peluang Liverpool untuk memenangi salah satu trofi semakin kabur dan bagi menamatkan kemarau 29 tahun kejuaraan EPL, anak buah Klopp terpaksa mengharapkan Manchester City tercicir mata.

Barcelona yang mempunyai kelebihan tiga gol apabila bertandang ke Anfield, juga sudah belajar daripada kesilapan musim lalu dan tidak akan mengambil mudah cabaran tuan rumah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini