Semangat rewang warga Perindu UiTM bersama JAIS - Utusan Malaysia

Semangat rewang warga Perindu UiTM bersama JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Mei– Kira-kira 100 orang pelajar termasuk warga pengurusan Kolej Perindu sendiri telah mengembleng tenaga bagi menjayakan kenduri rewang dengan menyembelih seekor lembu di UiTM Shah Alam baru-baru ini.

rewang-2
 

Sudah menjadi tradisi bagi warga Kolej Perindu ini untuk mengadakan Program Kenduri Perdana sebagai medium untuk merapatkan ukhuwah antara Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu, Staf Residen Kolej (SRK) serta Staf Pengurusan Kolej Perindu bersama para penghuni Kolej. 

Menurut Pengetua Kolej Perindu, Pekan Ramli, program sebegini mampu memberi impak kepada para pelajar mahupun warga pengurusan kolej dalam membentuk sahsiah peribadi yang proaktif serta kemahiran insaniah yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di samping itu, program sebegini secara tidak langsung juga mampu meningkatkan nilai kerohanian dalam kalangan warga kolej.

Program yang turut dihadiri oleh pelajar Alam Bina ini telah disertakan dengan beberapa aktiviti sampingan seperti Kursus Sembelihan.

Wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut dijemput bagi memberi taklimat berkenaan teori sembelihan menurut syariat Islam khususnya buat para pelajar mendalami serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi dalam kehidupan seharian.

Seramai 50 pelajar terpilih telah mendapat sijil penyertaan daripada JAIS kerana berjaya mempraktikkan teori sembelihan tersebut.

Warga Kolej Perindu yang terlibat di dalam program ini secara keseluruhannya amat berpuas hati dengan penganjuran program yang sangat ilmiah.

Diharapkan agar warga kolej dapat mengekalkan tradisi turun-temurun ini supaya jalinan ukhuwah kekal hingga ke akhir hayat.

Pada sebelah malamnya para pelajar penghuni Kolej Perindu telah dijamu dengan hasil air tangan warga Perindu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini