Lapan PATI cuba menyusup masuk di sempadan ditahan - Utusan Malaysia

Lapan PATI cuba menyusup masuk di sempadan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk menyusup masuk ke negara ini gagal apabila mereka berjaya ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan hutan dekat sempadan Malaysia-Thailand di sini hari ini.

Semua PATI terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 54 tahun itu ditahan pasukan Empat Rejimen Sempadan (4RS) Tentera Darat kira-kira pukul 7.45 pagi ini.

Panglima Enam Briged, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, seramai empat anggota diketuai Koperal Khairol Azhar Saari yang melakukan operasi Serkap ternampak lapan individu dipercayai PATI di sekitar sempadan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua PATI itu bertindak melarikan diri sebaik menyedari pasukan keselamatan, namun mereka akhirnya berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan mendapati semua tangkapan termasuk seorang wanita yang mendakwa daripada etnik Rohingya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah. 

“Kita percaya PATI ini menyusup masuk untuk mencari kerja di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua warga asing itu akan dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk laporan polis dan tindakan lanjut.

“Mereka didapati berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini