Duopharma Biotech sumbang RM60,000 projek rumah Orang Asli - Utusan Malaysia

Duopharma Biotech sumbang RM60,000 projek rumah Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Duopharma Biotech Berhad (Duppharma) baru-baru ini merealisasikan impian sebuah keluarga di Kampung Orang Asli Gurney, Batang Kali, Pahang memiliki kediaman melalui sumbangan bernilai RM60,000.

Sumbangan disalurkan kepada penganjur Program Angkat 1.0 iaitu Program Pertukaran Bakat Akademik-Industri, (AlxCHANGE); CEO @Faculty Program 2.0 Cycle 2 dan EPIC HOMES.

Melalui program itu, seramai 25 kakitangan Kelab Sukan Duopharma Biotech membanting tulang bagi membina sebuah rumah untuk Kaseh Sidin dan keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelab Sukan Duopharma Biotech, Mohd Idzwan Mohd Malik berkata, walaupun tidak berpengalaman dalam kemahiran pertukangan, mereka berjaya menyiapkan projek itu dalam tempoh tiga hari yang ditetapkan di bawah pengawasan dan tunjuk ajar EPIC HOMES bersama dengan bantuan penduduk kampung.

“Projek ini amat mencabar tetapi cukup menyeronokkan kerana kami dapat merealisasikan impian Kaseh dan keluarga untuk memiliki sebuah rumah yang selesa.

“Pengalaman ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kami malah menjalin persahabatan baru dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Gurney ini,” tambahnya.

Majlis penyerahan kunci rumah kepada Kaseh disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program itu dan terharu kerana diberikan peluang untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini