NAIROBI, Kenya – Percubaan seekor singa jantan untuk memikat singa betina berakhir dengan muka Raja Rimba itu ‘ditampar’.
Pergaduhan antara dua ekor singa itu dirakam oleh seorang jurugambar hidupan liar, Paras Chandaria.
Singa jantan itu dirakam menyeberangi sebatang sungai untuk mendatangi singa betina tersebut di sebuah kawasan lapang di luar ibu kota Kenya, Nairobi, baru-baru ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, singa betina itu tidak mahu menjadi pasangan singa jantan tersebut.
“Singa betina itu jauh lebih kecil tetapi sungguh garang. Ia menggunakan kukunya yang tajam untuk mencakar muka singa jantan.
“Aksi yang ditunjukkan menyebabkan Raja Rimba itu berundur,” katanya. – Agensi











