Baldassari mengungguli perlumbaan Moto2 - Utusan Malaysia

Baldassari mengungguli perlumbaan Moto2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ DE LA FRONTERA 5 Mei – Pelumba Itali, Lorenzo Baldassari yang menunggang jentera Kalex memenangi perlumbaan buat kali ketiga dalam kelas Moto2, musim ini, apabila dia mendominasi saingan pada Grand Prix Motosikal Sepanyol di Litar Jerez yang sekali gus membolehkannya melebarkan jurang di kedudukan pendahulu dalam senarai kejuaraan motosikal dunia, hari ini.

Penunggang berusia 22 tahun itu memenangi perlumbaan di Qatar dan Argentina, sebelum gagal meneruskan dominasinya di Amerika Syarikat. Namun, di Jerez dia menebus kehampaannya itu setelah menewaskan dua pencabar dari Sepanyol, Jorge Navarro dan Augusto Fernandez.

“Saya melakukan tugas saya dengan cemerlang, pasukan saya juga memberikan kerjasama dengan cukup baik, dan kemenangan ini amat penting untuk saya,” kata Baldarassi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perlumbaan Moto2 telah dicemari dengan insiden kemalangan pada awal saingan membabitkan penunggang Australia, Remy Gardner yang melanggar Alex Marquez iaitu adik kepada juara dunia MotoGP, Marc Marquez. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini