KUNDUZ 5 Mei – Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 40 lagi cedera parah apabila
seorang pengebom berani mati Taliban dan beberapa lelaki bersenjatakan pistol menyerang ibu pejabat polis di utara Afghanistan, hari ini.
Kejadian itu berlaku dua hari selepas Presiden Ashraf Ghani menawarkan gencatan senjata terhadap pemberontak Taliban itu pada bulan Ramadhan, yang akan bermula esok.
Memuatkan artikel berkaitan…
AFP yang memetik jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi sebagai berkata, seorang daripada pengganas telah meletupkan diri, dua pengganas yang lain telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Afghanistan manakala selebihnya berjaya ditahan. -AFP











