Ramadan pertama di Jalan Raja - Utusan Malaysia

Ramadan pertama di Jalan Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA esok, umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa.

KERATAN akhbar Utusan Malaysia esok yang memaparkan tapak bazar Ramadan Jalan Raja yang baharu menggantikan tapak bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula tahun ini.

Bagi warga kota yang tidak berkesempatan pulang berbuka di rumah masing-masing boleh berkunjung ke bazar Ramadan Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara yang baharu dibuka menggantikan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi bazar berkenaan bermula dari persimpangan lampu isyarat Leboh Pasar Besar hingga ke Jalan Perak mulai esok hingga 5 Jun ini.

Sebanyak 344 petak bazar Ramadan disediakan kepada peniaga membabitkan lima kategori jualan yang dibenarkan antaranya pakaian, barangan dan peralatan kering, makanan kering berbungkus, perhiasan dan aksesori diri serta perhiasan dan aksesori rumah.

Bagi memastikan keadaan kebersihan dan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut menempatkan pasukan penguat kuasa di lokasi bagi memantau dan mengawal keadaan persekitaran.

Ikuti butiran lanjut mengenai bazar Ramadan Jalan Raja hasil laporan Wartawan ROSKHOIRAH YAHYA bersama jurugambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH dan FAISOL MUSTAFA dalam edisi cetak Utusan Malaysia keluaran esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini