2 suspek curi kenderaan cedera kemalangan - Utusan Malaysia

2 suspek curi kenderaan cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Dua lelaki yang sedang melarikan diri daripada pihak polis selepas mencuri kenderaan kecundang apabila motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak semalam.

Memetik portal Utusan Borneo, sumber berkata, seorang daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian muka dalam kejadian tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiga anggota diketuai Leonard Lihung dikejarkan ke lokasi susulan menerima pangilan kecemasan kira-kira pukul 10.58 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberi rawatan awal terhadap mangsa yang cedera di tempat kejadian.

“Setelah keadaannya stabil, dia diserahkan kepada pihak polis memandangkan lelaki tersebut bersama rakannya merupakan suspek curi kenderaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini