15 wanita tawar seks ditahan - Utusan Malaysia

15 wanita tawar seks ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Polis menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat refleksologi, di Jalan Hj. Yaakub, Kampung Air, Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Memetik Berita Harian, serbuan Op Noda bermula pukul 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu dijalankan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menyerbu premis refleksologi tersebut selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pelacuran dijalankan warga asing di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil serbuan itu, kami menahan 12 wanita warga China manakala tiga lagi warga Filipina yang disyaki pelacur di dalam bilik yang berbeza di tingkat satu, dua, tiga dan empat.

“Ketika serbuan dilakukan, di setiap bilik tingkat satu dan dua didapati empat wanita berpakaian separuh bogel dan tiga berpakaian lengkap berada di dalam bilik bersama dengan empat lelaki disyaki pelanggan,” katanya.

Habibi berkata, soal siasat awal yang dijalankan ke atas setiap pelanggan mendedahkan semua suspek menawarkan perkhidmatan urut badan, onani dan seks dengan kadar bayaran berbeza bagi setiap kali langganan iaitu RM75, RM159 dan RM250.

“Dalam serbuan itu juga, anggota polis merampas dua kondom dan dua telefon bimbit daripada suspek terbabit.

“Semua suspek berusia 27 hingga 42 tahun bersama pelanggan dan barang rampasan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini