KUALA LUMPUR 5 Mei – Lebih 100 orang mengunjungi program Free Market anjuran Lebuhraya Besraya di Padang Plaza Tol Mines Selatan, di sini semalam.
Besraya (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program yang terbuka kepada semua pengguna lebuh raya itu bertujuan meraikan sambutan Ramadan yang bakal tiba esok.
“Tidak seperti kebiasaannya, program ini bukan sahaja menyalurkan pakaian, buku dan kasut malah pengunjung juga turut diberikan sayur-sayuran selain barangan keperluan dapur.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mereka yang datang ke program amal ini berpuas hati dengan barangan yang disediakan dan sumbangan barangan keperluan dapur sangat membantu dalam membuat persediaan menyambut Ramadan,” katanya. – UTUSAN ONLINE











