Cantiknya Farah Ann - Utusan Malaysia

Cantiknya Farah Ann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GIMNAS negara, Farah Ann Abdul Hadi bukan sahaja terkenal dengan kehebatannya di atas gelanggang, malah menjadi tumpuan peminat serta sering diburu pelbagai syarikat untuk dijadikan duta.

FARAH ANN ABDUL HADI ketika hadir dalam Anugerah Global McMillan Woods baru-baru ini.

Kecantikan bintang gimnastik artistik Sela­ngor dan Malaysia itu adalah sebab mengapa dia sering mencuri tumpuan lensa kamera dalam setiap kejohanan yang disertai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini, atas sumbangan yang diberikan kepada sukan gimnastik, Farah Ann telah mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang penerima Anugerah Global McMillan Woods 2019.

Anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf kecemerlangan individu dengan latar belakang berbeza atas sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Dalam majlis yang diadakan di ibu negara itu, pelakon Nur Fazura; Diana Danielle; Joyce Tai Ling Ming (bintang Hong Kong); Evergreen Mak Cheung Ching (pelakon Hong Kong) dan Leona Chin (pelumba kereta wanita kebangsaan) turut menerima anugerah.

Bagaimanapun, bukan anugerah tersebut yang mencuri tumpuan peminat sukan tanah air tetapi  kejelitaan Farah Ann ketika hadir menggayakan busana rekaan pereka terkenal, Melinda Looi.

Rata-rata peminat memuji penampilan Farah Ann, malah ada yang mengakui amat terpukau dengan pemenang empat pingat emas Sukan SEA itu.

Bagaimanapun bagi yang memasang niat untuk ‘menggurat’ gadis kacukan Melayu-Kanada itu boleh melupakan hasrat mereka kerana hati Farah Ann yang menyambut ulang tahun ke-25 pada 3 Mei lalu sudah dimiliki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini