Tok Gajah rebah lagi - Utusan Malaysia

Tok Gajah rebah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Beraksi tanpa kelibat ‘Orang Besi’, Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin, Pahang gagal memberi aksi terbaiknya apabila mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Super selepas dikejutkan 0-2 oleh Petaling Jaya (PJ) FC di Stadium Petaling Jaya, hari ini.

Ini juga adalah kekalahan kedua berturut-turut Tok Gajah musim ini selepas tumpas 1-2 kepada Terengganu dalam suku akhir kedua Piala FA, Rabu lalu.

Kekalahan terbaharu ini pasti memberi tamparan hebat kepada pengendali Pahang, Dollah Salleh, apatah lagi pasukannya kini ditinggalkan lima mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terus unggul menewaskan Felda United 2-0 dalam satu lagi perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi PJ City, yang terkenal dengan julukan Phoenix, ini adalah kali kedua mereka berjaya mencuri mata ke atas Pahang selepas mengikat pasukan itu 1-1 dalam pertemuan pertama mereka, 7 April lalu.

Tok Gajah gagal mengancam kubu tuan rumah dalam sebahagian besar perlawanan, malah satu-satunya ancaman berbahaya yang dilancarkan mereka adalah menerusi sepakan percuma Herold Goulon yang ditepis keluar penjaga gol PJ City FC, Mohamad Muhaimin.

Pada minit ke-30, PJ City mengejutkan pasukan pelawat apabila membuka jaringan menerusi Pedro Henrique yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Memasuki babak kedua, Pahang cuba bangkit menerusi beberapa percubaan Norshahrul Idlan Talaha, namun gerakan-gerakan kurang kemas mudah dipatahkan pertahanan lawan.

Pendatang baharu Liga Super, PJ City sebaliknya meneruskan memanfaatkan peluang dari situasi bola mati untuk menggandakan kedudukan 2-0, kali ini menerusi Sergio Paulo pada minit ke-56. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini