KOTA BHARU 4 Mei – Kelantan dan Sarawak berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Beraksi dilaman sendiri, Kelantan gagal menggunakan kesempatan itu apabila setiap peluang yang dimiliki tidak dapat disudahkan dengan baik.
Begitu jugak dengan pasukan pelawat yang gagal memanfaatkan setiap peluang terhidang sekaligus menyaksikan penyokong disajikan dengan aksi membosankan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Keputusan seri itu tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan yang kekal di zon penyingkiran selepas mengharungi 11 perlawanan.
Sebaliknya, ia menambah tekanan buat Yusri Che Lah untuk mencari ramuan terbaik menyelamatkan Kelantan daripada terjerumus ke saingan M3 musim depan. – UTUSAN ONLINE.











