Afandi mahu jumpa Kevin - Utusan Malaysia

Afandi mahu jumpa Kevin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah mahu bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam bagi membincangkan mengenai sekatan yang dikenakan terhadap The Red Warriors (TRW) dalam pasaran perpindahan Mei.

Hukuman sekatan itu diputuskan Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas Kelantan dan satu lagi pasukan Liga Perdana, Sarawak mengulangi kesalahan melanggar tarikh akhir pendaftaran pada 31 Disember 2018 buat kali kedua berturut-turut.

Jelas Afandi, KAFA bagaimanapun tetap berterima kasih atas toleransi MFL yang mengurangkan hukuman pemotongan jumlah geran tahunan kepada 10 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tetap ingin berterima kasih atas pertimbangan MFL yang mengurangkan pemotongan jumlah geran tahunan kepada 10 peratus.

“Tetapi apa yang saya lebih risau sekarang ini adalah sekatan perpindahan pemain yang memang boleh menjejaskan persiapan pasukan secara keseluruhan.

“Apatah lagi Kelantan kini di prestasi merudum dan sekiranya sekatan perpindahan ini dikekalkan, pastinya akan memberi lebih banyak masalah kepada pasukan dan saya tetap berharap MFL dapat menerima permintaan kami ini.

“KAFA sendiri memang sudah merancang nak datang berjumpa dengan Kevin dalam masa terdekat bagi berbincang dengan lebih mendalami perkara ini untuk bantu kami”, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini