Rossi berdepan masalah jentera - Utusan Malaysia

Rossi berdepan masalah jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE – Pelumba veteran Monster Yamaha, Valentino Rossi mengakui sudah boleh mengibarkan ‘bendera putih’ selepas jentera pasukannya gagal memberi sangan yang diharapkan menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Sepanyol malam ini.

Pada sesi latihan bebas yang berlangsung di Litar Antarabangsa Jerez kelmarin, Rossi gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selepas terkeluar daripada kelompok 10 pelumba yang mencatatkan masa terbaik untuk berada di kedudukan ke-14.

Kata Rossi, kombinasi jentera de­ngan tayar jenama Michelin dilihat tidak menjadi, sekali gus berharap jurutera pasukan dapat mencari alternatif pada perlumbaan sebenar dalam misi meraih kedudukan podium di GP Sepanyol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui, ia adalah persembahan yang sangat teruk secara peri­badi kerana gagal mencatat keputusan yang kompetitif tetapi segalanya belum berakhir. Namun, saya masih tidak boleh terlalu optimis kerana litar di Jerez tidak sesuai dengan jentera kami.

“Ia telah berlaku pada saingan musim lalu yang mana dua jentera pasukan pesaing, Honda dan Ducati mudah menguasai perlumbaan ini. Saya hanya boleh kekal positif andai jurutera kami bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan jentera sedia ada.

“Pada saya, masalah terbesar adalah tayar yang tidak sesuai dengan keadaan litar yang menyebabkan ia gagal mencapai potensi kelajuan sebenar. Kini, saya hanya mampu berserah agar dapat meraih keputusan yang baik di GP Sepanyol musim ini,” katanya.

Juara dunia tujuh kali itu kini menduduki tangga kedua keseluruhan saingan MotoGP musim ini selepas mengutip 51 mata daripada tiga perlumbaan dan hanya dibezakan tiga mata berbanding pendahulu, Andrea Dovizioso daripada Ducati. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini