Ronaldo selamatkan maruah Juve - Utusan Malaysia

Ronaldo selamatkan maruah Juve

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Jaringan menerusi tandukan Cristiano Ronaldo pada penghujung perlawanan menyelamatkan maruah Juventus apabila mereka terikat 1-1 pada aksi derbi menentang Torino pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Sasa Lukic terlebih dahulu meletakkan Torino di hadapan selepas memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic tetapi mereka terselamat apabila Ronaldo meledak gol kira-kira enam minit sebelum perlawanan tamat.

Torino terdesak untuk menamatkan saingan musim ini di tempat keempat untuk membolehkan mereka layak beraksi di saingan Liga Juara-Juara musim depan buat kali pertama dalam sejarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengumpul 57 mata, Torino berada di kedudukan keenam ketika ini ketinggalan dua mata di belakang Atalanta yang menghuni tangga keempat Serie A.

“Malangnya, kami melakukan banyak kesilapan dan kekurangan kualiti ketika melakukan hantaran menyebabkan kami gagal untuk memenangi perlawanan ini.

“Jika kamu gagal menjaringkan gol ke-dua menentang pasukan seperti Juventus, kami pastinya sukar untuk memenangi perlawanan dan akhirnya kami dihukum dengan gol Ronaldo,” kata jurulatih Torino, Walter Mazzarri.

Kali terakhir Torino berjaya menewaskan Juventus di laman lawan pada 1995 dan sepanjang sejam perlawanan tersebut berlangsung, mereka dilihat hampir berjaya untuk menamatkan penantian tersebut.

Juventus menghabiskan hampir sepanjang separuh masa kedua melakukan hantaran lambung ke dalam kotak penalti Torino biarpun skuad kendalian Mazzarri itu hampir meledak gol kedua menerusi Ola Aina tetapi malangnya rembatannya sedikit melepasi palang.

Taktikal Juventus akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang Leonardo Spinazzola berjaya menemui Ronaldo untuk dia melengkapkan jaringan ke-21 untuk musim ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini