Ahmad Muaz juara Terbuka Masters kategori lelaki - Utusan Malaysia

Ahmad Muaz juara Terbuka Masters kategori lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Atlet elit negara, Ahmad Muaz Fisol meraih kemenangan paling bermakna dalam kariernya apabila buat julung kalinya muncul juara Terbuka Masters kategori lelaki pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-40, hari ini. 

Ahmad Muaz, 26, yang mendedikasikan kemenangan itu kepada ayahnya, Mohd Fisol Azizan sempena hari kelahiran ke-56 pada Jumaat – meraih kejayaan itu selepas menang ke atas Sam Cooley dari Australia, 219-193 jatuhan pin di Sunway Mega Lanes di sini. 

Terdahulu, Ahmad Muaz tewas dengan 214-233 jatuhan pin kepada Cooley pada cubaan pertama saingan step-ladder namun selaku pendahulu pusingan kedua final terbuka lelaki, beliau mendapat peluang satu lagi perlawanan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan kemenangan paling bermakna bagi saya, menang di Malaysia. Saya bangga kerana telah harumkan nama negara. Memang pada cubaan pertama saya gagal tapi selepas itu saya cuba bertenang dan akhirnya ia membuahkan kejayaan. 

“Memberi kelegaan bila saya ada satu lagi peluang jika saya kalah perlawanan pertama. Jadi masa perlawanan kedua, saya buat sebaik mungkin untuk pastikan saya menang,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah acara berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini