Jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum, agama - Utusan Malaysia

Jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum, agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Ramadan sebagai satu medan latihan utuh untuk hormat menghormati di antara kaum dan agama.

Beliau berkata, ia termasuklah melatih diri untuk bersabar dan tidak mudah ‘melatah’ apabila berdepan dengan provokasi khususnya di alam siber yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam.

“Hal ini jelas seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 13, yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu untuk saling mengenali antara satu sama lain bukan untuk mencetuskan konflik. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramadan bukan sahaja melatih kita untuk menjaga kemurnian ibadah secara individu, sebaliknya sentiasa berlapang dada menghadapi situasi-situasi mengeruhkan atau tegang kerana kerenah masyarakat,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Pandan di Ampang hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini