BEIJING 4 Mei- Seorang wanita cedera parah selepas diserang seekor gajah di sebuah kawasan hutan simpan di utara China, dekat sini.
Dalam kejadian itu, Ye yang dilaporkan dalam perjalanan ke taman pemeliharaan gajah liar memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk membawa anak nya membuang air kecil di kawasan semak sebelum didatangi seekor gajah liar yang berada berdekatan.
Panik dengan kehadiran haiwan itu, Ye bergegas membawa anaknya ke kereta.
Namun malang menimpa wanita tersebut apabila gajah berkenaan memijak belakangnya sebelum beredar dari kawasan tersebut.
Ye mengalami patah tulang kaki kiri dan rusuk sementara keluarganya selamat daripada serangan haiwan liar berkenaan.
Wanita itu kini menerima rawatan di hospital berdekatan.- AGENSI











