Itali raih tempat ketiga Siri Akhir FIH Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Itali raih tempat ketiga Siri Akhir FIH Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Status sebagai pasukan tercorot kejohanan tidak menghalang Itali untuk menamatkan kempen Siri Akhir FIH di tempat ketiga selepas berjaya menewaskan Austria dengan keputusan 2-1, hari ini.

Sebelum ini Itali yang menghuni ranking 32 dunia telah mengejutkan beberapa pasukan handalan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil termasuk menewaskan Malaysia di kedudukan 13 terbaik dunia sewaktu aksi terakhir peringkat Kumpulan B.

Dalam perlawanan klasifikasi tiga-empat itu menyaksikan kedua-dua pasukan sukar mendapatkan jaringan ketika suku pertama hingga ketiga perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol awal perlawanan hanya mampu diraih menerusi pemain Itali, Francois Sior pada minit ke-47 sebelum menambah jaringan pada minit ke-49 hasil jaringan Thomas Keenan.

Pada ke-49 juga Austria berupaya mendapatkan jaringan tunggal menerusi Patrick Schmidt. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini