LONDON 4 Mei- Dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang remaja Britain di Perancis ditahan polis baru-baru ini.
Jurucakap polis mengesahkan kedua-dua suspek ditahan di Yokshire, di sini.
“Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin dan akan terus disiasat,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Harry Sykes, 16, ditemukan mati di sebuah tasik selatan Perancis ketika mengikuti rombongan Akademi Rugby Halifax ke negara itu, September tahun lalu.
Sykes dan rakan sepasukannya mengunjungi Lac de la Cavayere, dekat sebuah pekan di Carcassonne sebelum dilaporkan hilang pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.-AGENSI











