35 kakitangan MDHS terima anugerah APC - Utusan Malaysia

35 kakitangan MDHS terima anugerah APC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG 4 Mei-Seramai 35 kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerima penghargaan dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 yang berlangsung di Setia Eco Templer’s di sini, malam tadi.

Kategori penerima anugerah meliputi Penghargaan Khas 35 tahun perkhidmatan, Perkhidmatan Setia (25 tahun), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDHS 2018, Anugerah Kepujian Khas Yang Dipertua(YDP) MDHS dan Anugerah Khas Media.

Dalam ucapannya YDP MDHS, Shukri Mohamad Hamin berkata, penerima dipilih melalui tapisan dan kriteria ditetapkan Panel Pembangunan Sumber Manusia MDHS dan perakuan Pengarah Jabatan serta ketua Bahagian masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui pengiktirafan ini diharap menjadi pendorong serta menyuntik semangat kepada kakitangan untuk terus berkhidmat dengan lebih baik, berkualiti dan menjadi contoh kepada rakan sekerja lain,” ujarnya.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Zamani Ahmad Mansor.

Yang turut hadir, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa, Timbalan YDP MDHS,Awaluddin Zakaria, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Musa Ramli serta Ahli-Ahli Majlis MHDS. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini