Tiga cedera, kereta bertembung lori - Utusan Malaysia

Tiga cedera, kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 4 Mei – Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 236.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.37 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan lori jenis Volvo.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu kereta berusia 36 tahun dan penumpangnya seorang wanita berusia 64 tahun telah tersepit dan mengalami kecederaan ringan. Sementara itu, pemandu lori berusia 30 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba telah mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat serta menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini