22 PATI ditahan, kempunan sambut Ramadan di kampung halaman - Utusan Malaysia

22 PATI ditahan, kempunan sambut Ramadan di kampung halaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Mei – Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang dipercayai mahu pulang ke kampung halaman menyambut Ramadan diberkas ketika cuba keluar dari negara ini dalam Op Pintasan di Sungai Pulai, Iskandar Puteri di sini malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 10.30 malam yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua itu, 22 PATI tlyang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan berusia antara 2 hingga 38 tahun.

Pasukan PPM Wilayah Dua Kukup turut berjaya menahan dua lelaki disyaki tekong dua buah bot yang ditahan pada operasi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kejayaan itu merupakan siasatan pihaknya terhadap sindiket yang pernah ditahan pada April lalu.

“Tekong terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan migran dan mereka merupakan saki-baki ahlinya yang ditahan pada April lalu.

“Ketika kejadian ini, pasukan kita melakukan rondaan di kawasan perairan tersebut sebelum mengesan dua buah bot mencurigakan sedang bergerak membawa PATI keluar dari negara ini menggunakan laluan tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, selepas melakukan pemeriksaan PATI berkenaan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah selain sudah tamat tempoh.

Jelasnya, mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) manakala dua tekong akan disiasat dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Selain itu katanya, dua bot gentian kaca turut dirampas dan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini