FLORIDA 4 Mei – Sebuah pesawat Boeing 737 dilaporkan terbabas ke dalam sungai sewaktu mendarat semalam.
Lapor AP, pesawat terbabit dikatakan dari Stesen Tentera Laut Teluk Guantanamo, Cuba sebelum terbabas ke dalam Sungai St.Johns.
Menurut Pejabat Syerif Jacksonville di Twitter, unit marin dikerahkan ke tempat kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pesawat itu berada di kawasan air cetek dan tidak karam.
Pihak berkuasa berkata semua penumpang selamat. – AGENSI











