RM24 juta dana R(amp)D untuk penyelidikan industri tahun ini - Utusan Malaysia

RM24 juta dana R(amp)D untuk penyelidikan industri tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 Mei – Sejumlah RM24 juta dana pembangunan dan penyelidikan R(amp)D Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, Perubahan Iklim (Mestecc) diperuntukkan khas untuk penyelidikan industri tahun ini.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, ia adalah langkah pertama kali kementerian itu di mana dana berkenaan melibatkan lebih 50 peratus daripada dana R(amp)D yang diperuntukkan bagi tujuan berkenaan berbanding hanya 8.6 peratus sebelum ini.

“Ia satu daripada 23 inisiatif MESTECC bagi sektor sains dan teknologi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kita lihat negara lain seperti Singapura peruntukan dana untuk penyelidikan industrinya ialah 48 peratus manakala Jepun 78 peratus, dan buat pertama kali tahun ini bermula di MESTECC kita peruntukan sejumlah lebih 50 peratus untuk penyelidikan industri,” katanya kepada pemberita dalam satu temubual khas sempena setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di sini.

Yeo berkata, antara objektif peruntukan itu adalah mewujudkan ekosistem yang diaplikasikan dalam industri dan ekonomi supaya sektor tersebut boleh mencipta kekayaan untuk Malaysia melalui sains dan teknologi di samping mewujudkan peluang pekerjaan.

Selain inisiatif itu, kementerian itu sedang membawa Pusat Sains Negara versi mobil kepada sekolah-sekolah di luar bandar.

Katanya, inisiatif di bawah Minggu Sains Negara itu akan membolehkan pelajar luar bandar dan desa mengenali sains dengan lebih dekat.

“Mobile Science Centre ini, yang akan bermula Julai ini, bergerak ke sekolah-sekolah di luar bandar kerana selama ini hanya pelajar bandar sahaja mampu berkunjung ke Pusat Sains Negara. Kita sasarkan program ini akan memanfaatkan 600,000 murid luar bandar,” katanya.

Selain itu, beliau menambah kementerian ini kini menyediakan fasiliti perkongsian kemudahan dan peralatan 1,200 peralatan saintifik kepada sektor industri.

Inisiatif di bawah Fasiliti Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional (NSFE) itu diwujudkan buat pertama kalinya dalam usaha merancakkan lagi kerjasama R(amp)D.

Ia juga bagi meningkatkan sumbangan perbelanjaan sektor industri dalam R(amp)D mencapai 70 peratus.

“Inisiatif ini dapat membantu komuniti sains, teknologi dan inovasi (STI) melaksanakan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkormesialan (R(amp)D(amp)C) pada kos efektif melalui sewaan atau perkhidmatan analisis berkaitan tanpa perlu membuat pembelian peralatan yang mahal.

“Pihak industri juga berpeluang memperoleh khidmat nasihat pakar dalam bidang sains dan teknologi melalui kerjasama perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik ini,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini