Pengawal keselamatan disyaki penagih dadah ditahan - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan disyaki penagih dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 4 Mei – Seorang pengawal keselamatan ditahan polis di Lorong Widuri di sini semalam kerana disyaki menagih dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut merampas sejumlah dadah yang berada dalam simpanan suspek lelaki berusia 44 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan polis di lokasi tersebut telah menjumpai sebanyak 22 gram dadah disyaki heroin bernilai RM880.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkapan dan rampasan barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan suspek sendiri.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini