Final Piala FA Persatuan Bolasepak Ipoh esok - Utusan Malaysia

Final Piala FA Persatuan Bolasepak Ipoh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Mei – Sebanyak 5,000 penonton disasarkan menyaksikan aksi final Piala FA 2019 Persatuan Bolasepak Ipoh (PBI) antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) II menentang SUK FC yang buat julung kalinya diadakan di Stadium Perak malam esok.

Timbalan Yang Dipertua PBI, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, orang ramai dijemput hadir kerana kemasukan adalah percuma bagi perlawanan tahunan itu yang masuk edisi keenam dan pertama kali diadakan secara gilang-gemilang.

“Pasukan MBI telah menjuarai kejohanan ini dua kali berturut-turut sementara SUK FC sudah tiga kali menempah tiket ke final tetapi masih belum berpeluang untuk muncul sebagai juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 18 pasukan berentap bagi merebut Piala FA pada tahun ini selain Liga Perdana dan Liga Super yang kita anjurkan,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Perak di sini hari ini.

Kejohanan Piala FA 2019 PBI yang bertujuan memupuk semangat kesukanan, menawarkan hadiah piala pusingan dan wang tunai bernilai RM3,000 untuk juara sementara naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM2,000.

Sementara itu, Penolong Pengurus SUK FC, Khir Johari Mohasisin berkata, pihaknya lebih selesa untuk turun sebagai pasukan bukan pilihan dalam perlawanan itu nanti.

“Pada perlawanan tahun lalu, pemain kita ada dilayangkan kad merah, jadi kita berusaha bermain secara bersih pada tahun ini dan memberikan tentangan terbaik,” katanya.

Sementara itu, kapten MBI II, Hairul Ridzwan Saaba pula optimis untuk muncul sebagai juara pada edisi kali ini kerana mengakui mereka telah bersedia sejak hari pertama perlawanan.

Orang ramai yang berminat menyaksikan aksi final tersebut digalakkan memakai pakaian berwarna merah atau biru sebagai tanda sokongan kepada MBI II sementara warna hitam untuk SUK FC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini