APMM tahan lagi enam bot nelayan Vietnam, rampasan bernilai RM3 juta - Utusan Malaysia

APMM tahan lagi enam bot nelayan Vietnam, rampasan bernilai RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan enam lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan negara pada Selasa lalu.

Kesemua bot nelayan Vietnam terbabit ditahan kapal maritim, KM Pekan di lokasi berasingan pada kedudukan antara 277.2 kilometer (km) dan 288 km dari timur laut Kuala Kemaman dekat sini.

Pengarah Maritim  Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata,  seramai 37 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 21 hingga 60 tahun turut berjaya ditahan pasukan penguat kuasa APMM berkenaan dalam operasi sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penahanan kali ini berjaya merampas enam buah bot, 90 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis, 18 kg sotong kering, peralatan menangkap ikan dan 600 liter minyak diesel yang dianggarkan berjumlah RM3 juta.

“Pemeriksaan juga mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan, permit kerja dan permit kebenaran menangkap ikan yang sah,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman dekat sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, APMM telah berjaya menahan 40 bot nelayan Vietnam di sekitar perairan Terengganu sejak awal tahun ini melibatkan nilai rampasan melebihi RM36 juta. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini