Pengambilan guru tabika, taska Kemas diperketat - Utusan Malaysia

Pengambilan guru tabika, taska Kemas diperketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak akan membenarkan pengambilan guru-guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak Kemas daripada golongan transgender.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, ini bagi memastikan golongan kanak-kanak tidak terkeliru dengan status guru yang mengajar mereka.

Beliau malah memberitahu, pengambilan guru Kemas juga amat ketat sehingga setiap pemohon perlu lulus ujian psikometrik selain lulus dalam beberapa ujian lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, tidak ada. Transgender ini kadang-kadang kita tak tahu bahawa dia adalah transgender. Kalau tengok dokumen, namanya mungkin Ali bin Mohamad, tapi yang datang (temuduga) ala-ala Anita.

“Ini budak-budak kecil, nanti budak-budak keliru,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) di Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.

Pada majlis itu, seramai 198 pelatih menerima sijil SPAK masing-masing dan 18 daripadanya merupakan pelatih lelaki. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini