Kes rasuah JPJ: Siasatan hampir selesai, SPRM sita RM200,000 - Utusan Malaysia

Kes rasuah JPJ: Siasatan hampir selesai, SPRM sita RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita aset dianggarkan bernilai RM220,000 melibatkan kes rasuah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.

Azam Baki

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, jumlah sitaan itu melibatkan wang tunai, kenderaan serta telefon bimbit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, selain itu, siasatan pihaknya mendapati jumlah wang rasuah yang diterima kesemua suspek dianggarkan berjumlah RM800,000.

“Hampir 95 peratus individu yang ditahan mengaku menerima wang daripada pihak-pihak tertentu.

“Siasatan di peringkat akhir dan pasukan penyiasat sedang melengkapkan kertas siasatan serta dijangka siap dalam masa dua minggu ini,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat SPRM di Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Azam, beliau tidak menolak kemungkinan kes seumpama itu wujud di negeri lain namun buat masa ini pihaknya hanya memfokus di Pulau Pinang.

Katanya, pihak SPRM memandang serius berkaitan isu rasuah melibatkan penguat kuasa.

“Ini kerana di Pulau Pinang sangat ketara dan kita harap tindakan yang diambil ini akan menjadi teladan kepada semua,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini