KUALA LUMPUR 3 Mei – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) melanjutkan diskaun tol sebanyak 20 peratus untuk kenderaan kelas satu di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) sepanjang Mei ini.
Prolintas dalam satu kenyataan memaklumkan, pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa antara pukul 5 dan 8 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pemberian diskaun ini adalah sebagai inisiatif kepada pengguna lebuh raya yang berdepan dengan kesesakan terutama waktu kemuncak pada awal pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE











