Isteri Musa Hassan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri Musa Hassan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Chawan, Seksyen 6/15, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Ahli keluarga Musa dalam satu kenyataan memberitahu, Allahyarham Puan Sri Juriah Datuk Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 10.17 malam tadi.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya, dekat sini untuk urusan mandi, kafan dan solat jenazah pada pukul 8 pagi esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengebumian pula akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara dekat sini pada pukul 10.30 pagi,” jelasnya.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) ketika Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 2006 hingga 2010. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini