Joe Jonas dan Sophie Turner berkahwin dengan cincin gula-gula - Utusan Malaysia

Joe Jonas dan Sophie Turner berkahwin dengan cincin gula-gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 2 Mei – Pasangan selebriti, Joe Jonas dan Sophie Turner baharu saja berkahwin dengan menggunakan cincin gula-gula berwarna merah dan hijau bagi memeterai upacara sebagai suami dan isteri.

Inquirer melaporkan, majlis tersebut berlaku beberapa jam selepas Anugerah Muzik Billboard yang mana Jonas bersama Nick dan Kevin mempersembahkan secara ‘medley’ lagu mereka, hari ini.

Lokasi perkahwinan pasangan itu di Little White Chapel, Las Vegas dengan artis pengajuk, Elvis menjalankan majlis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Deejay dan penerbit rekod, Diplo telah membuat berkongsikan video majlis itu secara langsung menggunakan Instagram Stories.

Jonas seorang penyanyi dan Turner yang membintangi drama bersiri, Game of Thrones sebagai Sansa Stark bertunang pada 2017.

Tahniah dan selamat berkahwin kepada pasangan selebriti, Jonas dan Turner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini