[VIDEO] Polis kesan lelaki tumbuk wanita - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis kesan lelaki tumbuk wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak memukul seorang wanita di Jalan Datuk Keramat selepas perbuatanya itu tular di media sosial semalam.

Dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 4 petang, suspek dilihat memukul wanita tersebut dipercayai berpunca akibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku apabila mangsa memandu kereta jenis Honda Civic di laluan kiri sebelum seorang lelaki menaiki motosikal Honda Dash datang dari arah belakang kereta tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki berkenaan kemudian mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa serta menuduh beliau memasuki simpang tanpa memberikan isyarat lampu.

“Suspek kemudian telah membuka topi keledar sebelum menghentaknya di atas bumbung kereta pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Noor Azmi, suspek juga telah menumbuk dan menampar muka mangsa ketika dia keluar untuk melihat kerosakan yang dialami keretanya.

“Mangsa dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan kemudiannya telah membuat laporan polis serta mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Siasatan rekod jenayah lampau terhadap suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah melibatkan kes dadah dan khianat,” ujarnya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sivanathan Ratham di talian 016-590 3985 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini