Jalan Raja ditutup, dibuka sehala sehingga 10 Jun - Utusan Malaysia

Jalan Raja ditutup, dibuka sehala sehingga 10 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Sebahagian daripada Jalan Raja di sini ditutup dan dibuka untuk laluan sehala sehingga 10 Jun untuk memberi laluan kepada bazar Ramadan yang akan bermula pada Isnin ini.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, berikutan penutupan itu laluan sehala dari simpang Jalan Tun Perak hingga simpang Lebuh Pasar Besar ke arah Jalan Sultan Hishamudin akan dibuka secara berjadual.

“Pada waktu pagi bermula 12.01 pagi hingga 1 petang ditetapkan untuk laluan kenderaan dari Jalan Sultan Hishamuddin ke arah Jalan Tun Perak.

“Manakala laluan bertentangan dari Jalan Tun Perak ke Jalan Sultan Hishamuddin dibuka bermula jam 1.01 petang hingga 12 malam,” katanya pada sidang media selepas meninjau persediaan Bazar Ramadan Jalan Raja di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini