Pasangan warga emas terima dadah berjuta dolar di Australia - Utusan Malaysia

Pasangan warga emas terima dadah berjuta dolar di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 2 Mei – Pasangan warga emas di sini terkejut setelah menjadi penerima parcel dadah haram berjuta dolar selepas tersilap menandatangani ketika mengambilnya di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, pasangan tersebut kemudian terus memaklumkan kepada polis setelah mendapati ia mengandungi serbuk putih.

“Bungkusan itu mengandungi 20 kilogram (kg) syabu yang dianggarkan nilai pasaran AS$7 juta (RM28.96 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis kemudian memeriksa sebuah rumah di Melbourne yang membawa kepada penemuan 20 kg lagi dadah dan menahan lelaki berusia 30 tahun,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini