MAIK bantu imarahkan masjid sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

MAIK bantu imarahkan masjid sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 2 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM368,600 dalam usaha mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan ini.

Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, Roslee Ismail berkata, sebanyak RM600 akan diagihkan kepada 586 buah masjid mukim dan RM1,000 untuk 17 masjid bandar dan jajahan di negeri ini.

Menurutnya, keupayaan seluruh masjid di negeri ini adalah lebih berkonsepkan ‘berdikari’ yakni memiliki dana tabungan dan sumbangan derma kariah setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan daripada MAIK boleh digunakan untuk perbelanjaan iftar Ramadan selain tambahan daripada dermawan setempat.

“Adalah diharapkan iftar Ramadan yang akan dilaksanakan di masjid tidak mengabaikan penyertaan anak-anak yatim dan golongan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program ‘We Ride Together’ anjuran Persatuan Pemuda GEMA, Kelantan bersama rakan penaja seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim); Pejabat Kesihatan Tumpat; Maljis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan; Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa syarikat korporat.

Yang turut hadir, Pengerusi Pemuda GEMA Kelantan, Mohamad Abu Bakar dan Pengerusi MAIM Negeri, Dr. Muhamad Hamzah.

Program itu melibatkan 58 penunggang motosikal dalam kalangan orang kena pengawasan (OKP) serta penagih yang dibenarkan menggunakan Methadone.

Sementara itu, Roslee berkata, MAIK mengalu-alukan penggunaan masjid sebagai pusat aktiviti kumpulan ini.

Katanya, tidak ramai individu ‘berani’ mengajak kumpulan ini kecuali dirancangkan dengan rapi oleh badan yang berkenaan.

“Selama ini mereka malu ke masjid, hari ini mereka beraktiviti bermula awal pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini