KTM Komuter khas sempena Ramadan - Utusan Malaysia

KTM Komuter khas sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur 2 Mei-KTM Komuter akan menyediakan tren tambahan sempena bulan puasa bagi laluan di antara Pelabuhan Klang-Tanjung Malim serta sebaliknya bermula 6 Mei hingga 4 Jun depan.

Jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter sempena Ramadan 2019.

Penambahan itu dibuat bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada para penumpang serta perubahan waktu bekerja sempena Ramadan khususnya melibakan sektor awam dan swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyatan memaklumkan, sebanyak dua tambahan perjalanan pada waktu puncak akan dibuat bagi laluan dari KL Sentral ke Tanjung Malim.

“Masing-masing satu perjalanan pada pukul 4.26 dan 4.41 petang .

“Ini menjadikan keseluruhan lima perkhidmatan komuter berbanding tiga waktu perjalanan sedia ada pada pukul 5.42 petang, 6.24 petang dan 7.31 malam bagi sektor itu,” menurut kenyataan itu.

Tambah KTMB, komuter tambahan dari Tanjung Malim ke Kepong yang akan dilanjutkan ke Pelabuhan Klang, menggunakan tren KTM Komuter 2327 dan 2329 serta perjalanan sebaliknya dengan KTM Komuter 2322.

“Jadual waktu terperinci perkhidmatan KTM Komuter sempena Ramadan boleh dimuat turun dari laman web rasmi KTMB Berhad di www.ktmb.com.my atau laman sosial Facebook KTMB Berhad, @ktm-berhad (twitter)dan ktmbofficial(instagram) atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB yang beroperasi 24 jam di talian 03 22671200,” menurut KTMB dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini