CEO, anak hadir SPRM - Utusan Malaysia

CEO, anak hadir SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah agensi kerajaan dan anak lelakinya hadir di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini bagi proses rakaman percakapan berkaitan skandal rasuah dalam agensi tersebut.

Menurut sumber, mereka tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi dan proses soal siasat masih berjalan.

“Mereka masih belum dibenarkan pulang lagi. Masih dalam tindakan pihak SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun mereka tidak ditahan dan dibenarkan pulang selepas proses rakaman percakapan selesai,” kata sumber di sini hari ini.

Pada Januari lalu, SPRM merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek agensi tersebut yang dianggarkan bernilai RM500 juta.

Turut diserbu ialah sebuah lagi syarikat yang mempunyai kaitan dan dipercayai terlibat dalam penyelewengan bernilai RM33.3 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini