Jentera bomba terbalik akibat elak kera - Utusan Malaysia

Jentera bomba terbalik akibat elak kera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 2 Mei – Kemalangan yang mengakibatkan lima anggota bomba cedera setelah jentera yang dinaiki terbabas di Kilometer 25.6, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini, berpunca kerana mahu mengelak sekumpulan kera.

Ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dipandu di laluan berselekoh dan sedikit menuruni bukit sebelum sekumpulan kera tiba-tiba memasuki laluan di situ.

Kejadian itu menyebabkan jentera berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, semasa kejadian, jentera tersebut dalam perjalanan pulang ke balai selepas selesai tugas memadam kebakaran di Kilometer 38.6 JRTB Gerik-Jeli.

Katanya, kemalangan berlaku apabila sekumpulan kera tiba-tiba melintas dari kanan ke kiri jalan dan menyebabkan pemandu jentera tersebut cuba mengelak daripada melanggar haiwan berkenaan.

“Jentera itu kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik. Akibat kemalangan tersebut, lima anggota bomba cedera dengan dua daripadanya patah kaki kiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini