Anugerah Premis Makanan Bersih Ppj - Utusan Malaysia

Anugerah Premis Makanan Bersih Ppj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei-Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya (Ppj) akan mengadakan pertandingan Anugerah Premis Makanan Bersih Peringkat Putrajaya 2019 pada September ini.

Logo Perbadanan Putrajaya

Menurut Ppj dalam laman web rasminya di sini memaklumkan, tujuan anugerah itu diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada

Memuatkan artikel berkaitan…

peniaga-peniaga di atas usaha penambahbaikan yang telah diambil dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan di premis makanan.

“Anugerah tersebut diberikan berdasarkan kepada penggredan premis makanan yang akan dinilai oleh pihak

Ptj serta dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Putrajaya.

“Pertandingan ini hanya menumpukan premis kategori restoran (tidak termasuk restoran francais atau makanan segera), medan selera, kafeteria kerajaan, kantin sekolah, kiosk dan Food Truck,” menurut kenyataan itu di sini.

Tambah Ppj, premis makanan yang berjaya mengekalkan penarafan Gred A sebanyak dua kali berturut-turut semasa tempoh penjurian anugerah adalah layak untuk disenaraikan dalam pencalonan bagi mendapatkan hadiah juara, naib juara dan tempat ketiga.

Tempoh penilaian akan dijalankan dari Februari 2019 hingga Mei ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini