Kecederaan Vertonghen dirujuk kepada pakar neurologi - Utusan Malaysia

Kecederaan Vertonghen dirujuk kepada pakar neurologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Mei- Pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen akan menemui pakar neurologi, hari ini ekoran kecederaan kepala yang dialaminya ketika aksi separuh akhir Liga Juara-Juara ketika menentang Ajax.

Pertembungan Vertonghen dengan rakan sepasukan, Toby Alderweireld pada separuh masa pertama perlawanan mengakibatkan bahagian mukanya dipenuhi darah.

Pemain kebangsaan Belgium itu pada awalnya cuba kembali bermain selepas menerima rawatan daripada staf perubatan Tottenham tetapi dia dilihat masih belum stabil dan kemudian perlu dibantu ketika dikeluarkan daripada padang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Vertonghen tidak menunjukkan sebarang kesan buruk akibat insiden itu dan ujian yang dijalankan setakat ini tidak memberikan keputusan negatif tetapi Tottenham mendedahkan ujian lanjutan dengan pakar akan dibuat.

“Jan Vertonghen akan menjalani penilaian lanjutan hari ini selepas mengalami kecederaan kepala pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Ajax.

“Dia turut memperoleh luka kecil di bahagian hidungnya yang menyebabkan pendarahan yang teruk. Jan dengan pantas dikeluarkan selepas pemain itu memberitahu pasukan keselamatan mengenai simptom yang dialaminya secara tiba-tiba dan dia tidak lagi boleh berdiri dengan stabil.

“Dia melepasi ujian pada hari ini dan ujian akan terus dilakukan untuk hari-hari berikutnya. Sebagai tambahan, dengan standard kelab membabitkan sesetengah kecederaan, kami juga akan mendapatkan nasihat badan bebas dan Jan akan dirujuk dengan ahli neurologi, yang pakar membabitkan atlet, esok,”kata Tottenham dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Vertonghen menghargai sokongan kedua-dua peminat yang memberi sokongan kepadanya untuk pulih daripada kecederaan.

“Bukan permainan yang saya mahu harungi pada malam lalu. Perasaan saya pada hari ini bagus. Terima kasih kepada kedua-dua peminat atas mesej positif,” katanya menerusi Twitter – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini