Diyanti Kris pengsan semasa mendaki Gunung Angsi - Utusan Malaysia

Diyanti Kris pengsan semasa mendaki Gunung Angsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 2 Mei – Seorang wanita warga Indonesia yang pengsan semasa mendaki Gunung Angsi dekat sini pagi tadi terpaksa diusung turun oleh pasukan bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd. Fauzi Shamir berkata, wanita itu, Diyanti Kris, 20, mula mendaki gunung itu bersama tujuh rakannya pada pukul 10 pagi.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor pengsan semasa berada di pertengahan pendakian kira-kira pukul 10.15 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakan-rakan mangsa telah menghubungi pihak bomba bagi me dapatkan bantuan pada pukul 10.20 pagi

“Seramai sembilan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan pacuan empat roda telah dikerahkan memberi bantuan.

“Pihak bomba telah berjaya membawa turun mangsa ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 11.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fauzi, wanita itu telah dihantar menggunakan ambulans dari Klinik Kesihatan Terachi ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini