Wanita Indonesia pengsan semasa daki Gunung Angsi  - Utusan Malaysia

Wanita Indonesia pengsan semasa daki Gunung Angsi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seorang wanita warga Indonesia terpaksa diusung turun dari Gunung Angsi dekat sini selepas pengsan semasa mendaki gunung itu kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd. Fauzi Shamir berkata, mangsa mula mendaki gunung itu bersama tujuh rakannya pada pukul 10 pagi.

“Apabila sampai di pertengahan pendakian, mangsa, Diyanti Kris, 20, yang bekerja di sebuah kilang di Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor pengsan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakan-rakannya menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, seramai sembilan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada pukul 10.20 pagi ini.

Menurutnya, mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas berjaya dibawa turun kira-kira pukul 11.40 pagi untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini